Bunolagus monticularis

Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai merupakan salah satu spesies mamalia yang paling jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya, kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus.